Selamat menyambut Hari Kebangsaan kepada semua rakyat Malaysia.. Post kali ni saya nak cerita tentang seekor arnab saya ni, Umbreon namanya..
Aduhai, kesian pula tengok arnab ni. Kaki belakangnya (sebelah kanan) patah. Ayah & mak bawa pergi jumpa vet di seksyen 6, Shah Alam. Vet cakap kaki dia kena potong. Kos RM280 untuk potong, rawatan dan pemulihan.
Kaki belakang (hind legs) amat penting utuk arnab. Jika tiada alamatnya arnab jadi cacat dan tak boleh melompat serta mungkin menjadi tidak aktif.
Punca: Kemungkinan arnab ni meronta-ronta ketika kakinya tersepit di celah sangkar (semasa hendak melompat keluar dari sangkar). Itu yang menyebabkan patah. Kejadian berlak sebelum sahur. Nasib baik mak dan ayah terdengar bunyi bising di luar. Dapat juga tolong si Umbreon ni.
Saya pun masih lagi mencari cara untuk memelihara arnab yang cacat. Penjagaan peru rapi dan betul kerana arnab yang cacat tidak boleh lagi aktif.
Sekarang Umbreon masih lagi berada di wad kinik. Nanti bila Umbreon dah balik saya akan post kan gambarnya.
Salam.