Pages

Tuesday, August 31, 2010

KAKI PATAH

Salam Merdeka...

Selamat menyambut Hari Kebangsaan kepada semua rakyat Malaysia.. Post kali ni saya nak cerita tentang seekor arnab saya ni, Umbreon namanya..

Aduhai, kesian pula tengok arnab ni. Kaki belakangnya (sebelah kanan) patah. Ayah & mak bawa pergi jumpa vet di seksyen 6, Shah Alam. Vet cakap kaki dia kena potong. Kos RM280 untuk potong, rawatan dan pemulihan.

Kaki belakang (hind legs) amat penting utuk arnab. Jika tiada alamatnya arnab jadi cacat dan tak boleh melompat serta mungkin menjadi tidak aktif.

Punca: Kemungkinan arnab ni meronta-ronta ketika kakinya tersepit di celah sangkar (semasa hendak melompat keluar dari sangkar). Itu yang menyebabkan patah. Kejadian berlak sebelum sahur. Nasib baik mak dan ayah terdengar bunyi bising di luar. Dapat juga tolong si Umbreon ni.

Saya pun masih lagi mencari cara untuk memelihara arnab yang cacat. Penjagaan peru rapi dan betul kerana arnab yang cacat tidak boleh lagi aktif.

Sekarang Umbreon masih lagi berada di wad kinik. Nanti bila Umbreon dah balik saya akan post kan gambarnya.

Salam.

Sunday, August 29, 2010

JENIS-JENIS ARNAB

Sebenarnya kalau nak disenaraikan tentang baka-baka arnab banyak. Di sini saya senaraikan baka yang selalu dibela di seluruh dunia.

- Angora (English/French)
- Californian
- Chinchilla
- Dutch
- dwarf Hotot
- Flemish Giant
- Himalayan
- Holland Lop
- Jersey Wooly
- Lionhead
- Lop
- Netherland Dwarf
- New Zealand White
- Rex


Ada juga sesetengah arnab dibela untuk dagingnya seperti:
- Californian
- Carolina
- New Simonare
- New Zealand White
- Sepanyol

Friday, August 20, 2010

Salam Perkenalan

Salam smua.. hari ni saya baru sahaja mula bergelar blogger. Blog ini khas untuk perkara-perkara yang berkaitan dengan arnab. Harap dapat beri tunjuk ajar. :)